Home Blog Page 2
KUANTAN: Seorang peraih ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh Irwan Herman Kamarudin yang maut selepas keretanya dirempuh kenderaan dipandu melawan arus dekat Jalan Pintasan Kuantan, minggu lepas. Teoh Kian Peng, 42, yang berkemeja-T putih dan berseluar pendek hitam kelihatan tenang, mengaku faham terhadap pertuduhan ke atasnya yang dibacakan...
MSM Malaysia Holdings Bhd (MSMH) akan menggabungkan pengeluaran gula bertapisnya dengan memindahkan operasi kilang di MSM Perlis Sdn Bhd (MSMP) terletak di Chuping, Perlis, ke MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd (MSMJ) di Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MSMH berkata penamatan yang dicadang untuk pengeluaran MSMP adalah pada...
Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar ditutup mulai hari ini berikutan enam warga Thailand yang melaluinya untuk kembali ke negara asal kelmarin disahkan positif COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjasama Sempadan negeri, Ruzaini Rais, berkata penutupan berkuat kuasa sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Seorang lelaki maut selepas keretanya dirempuh sebuah kereta yang dipandu melawan arus, dipercayai akibat pengaruh alkohol, di Jalan Pintasan Kuantan, di sini, malam tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, berkata dalam kejadian jam 9.20 malam itu, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di...
Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap rakannya, Amyza Aznan berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan kesan wabak COVID-19. Zarina Anjoulie, 34, selaku plaintif memfailkan saman itu pada 23 April lalu, menerusi Tetuan Nurul Hafidzah & Associates dengan menamakan...
Khabib Nurmagomedov mendedahkan 20 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19 dengan bapanya, Abdulmanap masih di hospital dalam keadaan yang 'sangat serius.' Juara Lightweight UFC itu dikejutkan minggu lalu apabila bapanya dikejarkan ke hospital di Moscow selepas mengalami komplikasi jantung akibat virus terbabit. Menerusi Instagram malam tadi, Khabib mengesahkan Abdulmanap masih berada dalam keadaan...
Pemandu kereta Perodua Myvi yang melawan arus hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, Jumaat lalu ditahan polis, semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata lelaki berusia 35 tahun itu datang menyerah diri di Balai Polis Trafik Bukit Mertajam pada 5 petang...
Sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 24 Februari lalu. Kehadiran figura yang disenangi ramai itu dikatakan tepat pada masanya ketika negara sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama wabak Covid-19.
Anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan pengubahan wang haram US$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim Azman Ahmad membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan dan tertuduh mencapai persetujuan melalui representasi yang dikemukakan kepada...
Jakel menafikan menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa kebenaran pihak utiliti berkenaan di khemah di Seksyen 7 di sini. Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, pihaknya mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecurian elektrik. “Pihak Jakel Shah Alam...

Disyorkan untuk anda