Resort milik Jamal Yunos dilelong

0
528

Sebuah resort milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos, Sekin Fishermen Village Hotel & Resort bakal dilelong pada harga RM4.5 juta.

Iklan mengenai lelongan itu dimuat naik menerusi satu laman sosial Facebook yang memaparkan lelongan harta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jamal berkata, lelongan resort yang terletak di Jalan Pantai Redang, Kampung Baru Sungai Labu, Sekinchan, dekat sini akan dilakukan pada Isnin depan.


Loading…

“Saya akan menjualnya dengan harga RM4.5 juta. Harga itu adalah murah dan berbaloi untuk pelaburan jangka panjang.

“Perkataan lelong mungkin menggambarkan saya sedang tenat atau teruk, tapi saya melihat ia adalah platform terbaik kerana ada ejen yang akan membantu urusan menjual resort ini,” katanya seperti dipetik Kosmo!.


Sementara itu memetik portal FMT, Jamal berkata beliau melelong Sekin Fishermen Village Hotel & Resort pada harga siling RM4.5 juta kerana perniagaan itu merosot selepas Barisan Nasional kalah mengejut pada pilihan raya umum tahun lalu.

“Saya dapat tekanan yang cukup hebat dari kawan-kawan Pakatan Harapan. Mereka tidak dapat bezakan antara perniagaan dan politik.

“Mereka beri tekanan dengan menyekat agensi kerajaan yang berkaitan supaya tidak menggunakan atau menyewa kemudahan di Sekin Fishermen Village Hotel & Resort.

“Disebabkan itu pendapatannya agak merosot, namun sehingga kini, ia masih beroperasi seperti biasa,” katanya lagi.

MDSB dalam notis perintah tutup menyatakan resort berkenaan disita dan diarahkan tutup kerana menjalankan aktiviti tanpa lesen sah mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel (MDSB) 2013.

Jamal kemudiannya memfailkan tuntutan saman terhadap Kerajaan Selangor serta dua pihak lain kerana menyita serta merobohkan struktur resort miliknya setahun kemudian.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Jun 2017 membatalkan tuntutan terbabit dan menyatakan tindakan MDSB meroboh serta menyita resort yang dibina di atas tanah kerajaan milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu adalah sah. 

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...