Najib turut ucap Selamat hari lahir pada Dr Mahathir

0
591

Kelmarin seluruh negara meraikan ulang tahun kelahiran pemimpin ulung Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, malah sampai hari ini Perdana Menteri masih dihujani dengan ucapan selamat hari lahir ke-94 daripada seluruh rakyat Malaysia.

Namun yang mencuri tumpuan semestinya ucapan istimewa daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dimuat naik menerusi laman sosial miliknya.


Loading…

Najib turut mengikut jejak langkah rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikan hari berbahagia bekas mentornya itu dan mendoakan agar Dr Mahathir dikurniakan kesihatan yang baik.

‘Selamat hari jadi kepada Tun Mahathir. Semoga Allah kurniakan kesihatan terbaik.” Tulis Najib ringkas di laman Facebook peribadinya.

Setakat hari ini ucapan hari lahir buat Dr Mahathir yang dimuat naik oleh Najib itu telah menerima lebih 26K likes dan lebih 524 perkongsian, malah netizen turut memberi komen yang positif terhadap ucapan bekas perdana menteri itu yang diketahui ramai tidak sependapat dengan Dr Mahathir dalam gelanggang politik.

Dr. Mahathir yang kini berusia 94 tahun hari ini merupakan pemimpin yang tertua di dunia selepas Pakatan Harapan (PH) mencipta sejarah menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU yang lalu. – Malaysian Update

Baca: Harapan Dr M: ‘Hajat hari jadi saya sangat mudah, supaya saya dapat menyelesaikan tugas memulihkan kembali Malaysia’

Baca: Mahathir: I owe it to my late mum

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...