Najib tak puashati PH salahkan 1MDB hutang negara naik

0
593

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati kerana walaupun Pakatan Harapan (PH) telah memerintah Putrajaya hampir 15 bulan tetapi masih menjadikan 1MDB sebagai bahan propaganda utama mereka.

Najib yang memetik laporan sebuah portal berita mempersoalkan bagaimana hutang 1MDB boleh menyumbang kepada kenaikan hutang untuk 2018 sedangkan semua pihak maklum hutang ditinggalkan 1MDB sejak 2016 tidak bertambah.

“Tok Pa dipetik sebagai berkata bahawa hutang 1MDB RM32.2 bilion menyumbang kepada kenaikan hutang negara sebanyak RM54.2 bilion di bawah kerajaan PH dari RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 kepada RM741 bilion akhir tahun 2018.


Loading…

“Kita semua tahu bahawa hutang 1MDB tidak bertambah sejak tahun 2016.

“Tapi tiba-tiba hutang 1MDB pula boleh menyumbang kepada kenaikan hutang untuk tahun 2018?

“Sendiri naikkan, PH hendak salahkan 1MDB pula. Saya tidak hairan jika 1MDB akan disalahkan lagi untuk kenaikan hutang negara sebanyak RM63 bilion pada akhir 2018 kepada RM804 bilion pada Jun 2019.

“Mereka petik hutang sahaja tetapi tidak memetik aset dan apakah yang dibangunkan oleh 1MDB,” luah Najib menerusi satu hantaran dia Facebooknya hari ini.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengesahkan hutang dan liabiliti kerajaan Persekutuan pada akhir 2018 berjumlah RM1.1 trilion yang mana pecahan itu termasuklah RM741 bilion hutang kerajaan Persekutuan, RM132.7 bilion membabitkan jaminan pinjaman yang ditanggung kerajaan, RM32.2 bilion hutang bersih 1MDB, tidak termasuk faedah dan liabiliti lain berjumlah RM184.9 bilion.


Mengulas lanjut Najib berkata k’jaan PH seharusnya menyenaraikan projek yang telah dilaksanakan 1MDB menerusi hutang yang didakwa mereka sebanyak RM32.2 bilion itu.

“Saya tidak hairan jika 1MDB juga akan disalahkan lagi untuk kenaikan hutang negara sebanyak RM63 bilion pada akhir tahun 2018 kepada RM804 bilion pada bulan Jun 2019 ini.

“Mereka petik hutang sahaja tapi tidak memetik aset dan apa yang telah dibangunkan oleh 1MDB.

“Kalau nak main “apa kita dapat dengan hutang RM32.2 bilion ini”, mereka patut senaraikan yang ini pula:

“Sebanyak 8 pengkalan udara dibina dan dinaiktaraf termasuk pangkalan udara Sendayan. Projek Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion yang sudah dijual PH kepada syarikat China pada April tahun ini.


“Bahkan dengan hutang RM32.3 bilion itu juga mampu melaksanakan projek TRX yang bernilai RM40 bilion, yang digelar menteri kewangan sebagai antara aset terbaik negara,” katanya.

Najib juga berkata 1MDB bukan sahaja membangunkan aset tetapi turut menyelesaikan perjanjian penjana elektrik bebas berat sebelah yang diwarisi sejak zaman perdana menteri ke-4 yang akan memberi penjimatan sebanyak RM400 bilion.

“Penyelesaian untuk perjanjian penjana elektrik bebas (IPP) berat sebelah yang ditinggal zaman PM ke-4 yang sedang dan bakal menjimatkan RM400 bilion untuk negara untuk tempoh 20 tahun.

“Perjanjian penyelesaian dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk mendapat kembali semua wang yang didakwa hilang setelah dipindah kepada atau dijamin IPIC.

“Menyelesaikan perjanjian dengan syarikat IPIC milik kerajaan Abu Dhabi untuk mendapatkan kembali semua wang yang didakwa hilang, setelah dipindah dijamin IPIC.

“Ia turut melaksanakan projek-projek CSR 1MDB, termasuk bantuan kepada pemandu teksi, biasiswa pelajar, bantuan haji dan sebagainya,” jelas Najib lagi. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...