‘Mahu jadi PM lagi ke? Bagi peluang kepada anak muda, pimpinan baru, cukuplah’ – Nazri dakwa Najib minta jadi pengerusi BN, bukan penasihat

0
535
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (dua dari kiri) bersama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Kem PLKN Kota Lama, Sauk.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta untuk menjadi pengerusi BN semula dan bukannya pengerusi lembaga penasihat BN.

Nazri Aziz yang juga Anggota Parlimen Padang Rengas berkata bekas presiden Umno itu mahu mengambil kesempatan apabila melihat kemungkinan BN boleh kembali menang hasil daripada kerjasama politik diantara UMNO dan juga PAS.


Loading…

“Saya tahu jawatan yang dipohon sebenarnya pengerusi BN, bukan pengerusi lembaga penasihat (BN), bila dia (Najib) lihat masa depan kita cerah dengan PAS.” kata Nazri.

Nazri bagaimanapun percaya anak muda harus diberikan peluang untuk menerajui pimpinan tertinggi negara termasuk jawatan perdana menteri.

“Mahu jadi perdana menteri lagi ka, bagi la peluang kepada anak muda pimpinan baharu, cukup la.” kata Nazri semasa berucap pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Padang Rengas.

Ucapan berkenaan turut disiarkan secara langsung melalui Facebook.


Dalam ucapan tersebut Nazri turut menegaskan bahawa walaupun dilihat sebagai penyokong Najib sebelum ini, Nazri berkata kesetiaannya adalah pada perjuangan dan parti, bukan individu.

“Ramai ahli UMNO tidak faham tindakan saya tidak bersetuju pelantikan Datuk Seri Najib ini adalah kerana saya sayang parti dan buat untuk UMNO bukan individu.

“Tetapi orang Melayu termakan budi banyak maka mereka tidak sanggup menyatakan tidak bagus secara terbuka dan saya nak tanya dengan ikhlas apa sebenarnya nasihat dia (Najib) boleh beri walhal waktu jadi ketua parti kita kalah.

“Biarlah pada pimpinan baharu yang dipilih perwakilan sendiri yang bawa kita dalam perjuangan kalangan pimpinan akan datang,” tegas Nazri.

Nazri sebelum ini mengkritik pemilihan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN dan berkata ianya sebagai langkah ke belakang.

“BN kalah bawah siapa? Apa jenis nasihat yang dia boleh sumbangkan kepada kita?” ujarnya sewaktu mengulas pelantikan Najib baru – baru ini. – Malaysian Update

Baca: Nazri kata lantik Najib sebagai ketua penasihat BN langkah ke belakang

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...