KJ: ‘Saya tidak akan henti tegur UMNO’

0
473
Khairy Jamaluddin

MELAKA – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti menegur kepimpinan UMNO, yang pada pandangannya perlu lagi diperbetulkan.

“Saya akan terus bercakap kerana saya tiada niat buruk terhadap mana-mana individu dalam UMNO sama ada pemimpin sekarang atau terdahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka, di sini hari ini.


Loading…

Ketika ditanya adakah teguran itu disebabkan masih sayang kepada parti UMNO, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, “tentulah kerana sayang, kalau tak dah lama saya chow.”

Pada 10 Julai lepas, media melaporkan beliau menyatakan dengan ringkas, “tiba-tiba saya tidak suka di mana saya berada,” sebagai mengulas mengenai pelantikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Beliau juga sebelum ini pernah menegur pemimpin UMNO supaya tidak menjadikan parti itu sebagai perisai dalam menghadapi pertuduhan di mahkamah. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.