Jual saham: Khazanah akan beri penjelasan, kata menteri

0
56

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd akan memberi penjelasan berhubung perjanjian penjualan saham dengan Malakoff Gulf Ltd, anak syarikat milik penuh tidak langsung Malakoff Corporation Bhd (Malakoff), kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang merupakan ahli lembaga pengarah Khazanah berkata, Khazanah selama ini membuat pelaburan yang membawa keuntungan besar dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara.


Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Khazanah perlu lihat pada teras aktiviti penubuhan, dan kita perlu beri tumpuan pada pelaburan domestik.

“Khazanah ada peranan untuk meningkatkan pelaburan domestik bagi membantu pertumbuhan ekonomi dalam negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya Graduan Aspire, di sini hari ini.

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembelian keseluruhan kepentingan Khazanah dalam Desaru Investments (Cayman Isl.) Ltd pada AS$70 juta (AS$1=RM4.12) oleh Malakoff Gulf Ltd.

Malakoff baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan pembelian itu akan menyediakan pendapatan segera kepada kumpulan dan meningkatkan aliran tunainya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata, tawaran pengambilalihan konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) oleh Maju Holdings masih dalam perbincangan bersama pihak terlibat.

“Proses rundingan masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa pemegang saham utama PLUS, Khazanah — menerusi anak syarikat milik penuhnya UEM Group Bhd — dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak bersetuju dengan tawaran pengambilalihan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurut Guan Eng, tawaran Maju Holdings Sdn Bhd untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd ditolak selepas mengambil kira pandangan pemegang saham utama syarikat konsesi tol itu. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...