Iran rampas kapal tangki minyak British di Selat Hormuz Artikel

0
164

TEHRAN – Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), semalam telah merampas kapal tangki minyak British, Stena Impero, di Selat Hormuz, lapor agensi berita Xinhua.

“Kapal British ditahan kerana gagal menghormati peraturan maritim antarabangsa ketika melalui Selat Hormuz,” kata kenyataan yang dikeluarkan bahagian Perhubungan Awam IRGC.


Loading…

Kapal minyak berkenaan kemudiannya dibawa ke Pelabuhan Hormozgan untuk tindakan selanjutnya, kata kenyataan itu.

Awal bulan ini, British Royal Marines merampas kapal Iran di Selat Gibraltar, yang mereka dakwa sedang menuju ke Syria telah melanggar sanksi EU.

Iran telah mengancam untuk bertindak balas sekiranya London tidak melepaskan kapal tangki berkenaan.- Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...