Dituduh ada hubungan dengan MB Selangor, Juwairiya buat laporan polis, SKMM

0
258
Juwairiya Zulkifli

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli, membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook yang menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Juwairiya berkata, laporan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) juga dibuat terhadap ‘Aku Darah Anak Malaysia-ADAM’.


Loading…

“Saya sudah berbincang dengan peguam untuk tindakan undang-undang.

“Kami akan memantau kes ini untuk menentukan langkah selanjutnya.

“Apa yang pasti adalah ia fitnah dan saya menegaskan saya tidak berada di lokasi itu pada tarikh didakwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selasa lalu, sebuah akaun Facebook mendakwa Amirudin dilihat bersama Juwairiya dalam Hotel Four Point, Sandakan di Sabah dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 11 Mei lalu.

Dakwaan itu dikaitkan dengan insiden skandal seks bekas setiausaha sulit kanan timbalan menteri Industri Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki yang dikatakan melibatkan seorang menteri.

Susulan daripada itu, Amirudin hari ini tampil menafikan dakwaan tersebut.

Baca: MB Selangor nafi jalin hubungan dengan Adun wanita

 

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...