Dipecat dari PKR, Ganapathy tidak akan merayu, pilih serang Anwar

0
412

Selepas dipecat daripada PKR, bekas ketua cabang Seputeh, P Ganapathy memilih tidak merayu, sebaliknya menyerang Presiden Anwar Ibrahim,

Ganapathy yang menjadi ahli sejak 1998 berkata Anwar tidak layak diangkat menjadi perdana menteri dan gagal meredakan keretakan dalaman PKR.


Loading…

“Saya tidak nafikan bahawa kebelakangan ini saya banyak mengkritik tetapi kritikan saya bukanlah terhadap dasar perjuangan parti, sebaliknya hanya kepada individu yang menerajui PKR, iaitu Anwar Ibrahim.

“Di mana kebelakangan ini saya merasakan beliau tidak lagi boleh menjaga partinya sendiri dengan baik dan telah gagal memupuk semangat kesatuan ahli apatah lagi Malaysia jika beliau di angkat menjadi perdana menteri.

“Dan saya rasa beliau sebenarnya tidak lagi layak untuk menerajui PKR apatah lagi menjadi perdana menteri seperti yang dicanang yang oleh pihak-pihak pengampu beliau,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, seperti dilapor Malaysiakini.


PKR semalam memecat Ganapathy atas alasan melanggar disiplin parti dengan menyebar dan memuat naik dalam laman sosial berita tidak benar, memfitnah serta membuat sangkaan jahat kepada pemimpin-pemimpin parti.Ditanya kenapa tidak mahu merayu atas keputusan itu, dia berkata perkara itu tiada guna selagi Anwar menerajui parti.

“Saya tidak akan buat rayuan, kerana kalau rayuan saya itu diterima (parti), saya tidak lagi boleh terus mengkritik parti seperti sebelum ini juga kerana presidennya orang yang sama, disiplinnya orang yang sama dan orang-orang dibelakang Anwar juga orang yang sama.

“Jadi saya tak ke mana. Jadi, saya tak mahu maki orang macam ini. Saya rela tengok dan kritik parti dari luar sebagai rakyat Malaysia dan biar mereka nilai sendiri

“Selagi ada mereka ini keadilan tidak akan terbela, particularly Anwar Ibrahim. Orang lain boleh, saya boleh kerja dengan isteri beliau (Wan Azizah) tetapi dengan Anwar susah sikit,” katanya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.