Azmin tak hadir pemukiman PKR

0
355
Mohamed Azmin Ali (kiri) dan Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih belum menghadiri hari kedua Temurapat Majlis Pimpinan Pusat PKR di Port Dickson malam ini.

Setakat jam 9.30 malam, kelibat Ahli Parlimen Gombak itu masih belum kelihatan sedangkan beliau dijadual menyampaikan ucapan dalam majlis pada malam ini, lapor Sinar Harian.


Loading…

Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan beliau dan menyampaikan ucapan penutup di hadapan anggota parti.

Begitupun, media yang berkumpul dari pagi di Port Dickson masih menantikan kehadiran beliau meskipun setiausaha politiknya, Hilman Idham mengesahkan Mohamed Azmin tidak akan hadir.


Ketika ditanya sebab Azmin tidak hadir, Hilman bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.