Azmin suruh Anwar muhasabah, cermin muka dulu

0
625
Mohamed Azmin Ali (kiri), Anwar Ibrahim

Pergolakan dalaman PKR nampaknya semakin memuncak hari ini membabitkan dua pemimpin tertingginya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Selepas gesaan Anwar yang juga Presiden PKR agar timbalannya meletak jawatan jika terbukti beliau terlibat dalam aksi video intim tersebut, Mohamed Azmin memulangkan paku buah keras kepada Anwar petang ini.


Loading…

Azmin membidas presidennya itu dengan memintanya untuk “cermin diri sendiri” terlebih dahulu sewaktu menyatakan cadangan tersebut.

“Baca bibir saya. Bagitahu dia (Anwar), dia mesti tengok ‘siapa lelaki dalam cermin itu’,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas sidang berakhir petang ini.

“Muhasabah. Suruh Anwar muhasabah. Cermin muka dia dulu,” tegas Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum berlalu pergi.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cadangan Anwar untuk beliau meletakkan jawatan sekiranya video intim yang didakwa miripnya terbukti benar.


Terdahulu bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui bahawa dia adalah lelaki dalam video intim tersebut dan mendakwa Mohamed Azmin adalah individu bersamanya.

Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai berniat jahat yang bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Anwar hari ini berkata, Mohamed Azmin perlu meletakkan jawatan sekiranya video intim yang didakwa miripnya terbukti benar.

“Pandangan awal saya, dia (Mohamed Azmin) tak perlu letak jawatan. Tapi bergantung kepada penyiasatan.

“Kalau konklusif, dalam erti kata (dia merupakan) pelaku dalam adegan itu, sudah tentu dia kena letak jawatan,” jelas Anwar lagi. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...