Aktres remaja tinggalkan Bollywood kerana agama

0
227

NEW DELHI – Aktres remaja India, Zaira Wasim membuat keputusan untuk berundur dari Bollywood kerana dunia perfileman mengganggu kehidupannya sebagai orang Islam.

Bintang filem Dangal itu berkata, keperluan dalam kerjaya industri perfileman India menyebabkan dia tidak dapat memupuk imannya.


Loading…

“Perjalanan ini meletihkan. Justeru, saya membuat keputusan yang wajar dan saya secara rasmi mengisytiharkan pengunduran saya daripada bidang ini (lakonan),” kata Zaira dalam satu kenyataan di media sosial kelmarin.

Dangal atau bermaksud gelanggang gusti dalam bahasa Hindi, adalah berdasarkan kisah benar seorang ahli gusti amatur India yang bercita-cita mahu melihat dua anak perempuannya menjadi juara gusti.

Filem itu memecahkan rekod jualan tiket paling banyak dalam tahun 2016.

Zaira memenangi Anugerah Kanak-Kanak Kebangsaan untuk Pencapaian Luar Biasa kerana wataknya dalam filem tersebut yang menampilkan gandingan bintang Bollywood, Aamir Khan.

Aktres berumur 18 tahun itu berkata, walaupun dilimpahi kemasyhuran dan populariti, dia tidak menyukai kerjaya tersebut.

“Bidang ini sememangnya membawa limpahan kasih sayang, sokongan dan tepukan tetapi ia juga membawa saya kepada jalan kejahilan ekoran saya secara tidak sedar, meminggirkan iman saya,” kata Zaira.

Sementara itu, ulama tersohor dari Zimbabwe, Mufti Ismail Menk serta bekas Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah merupakan antara individu yang menyokong keputusan Zaira untuk menamatkan kerjayanya dalam industri perfileman Bollywood. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...