’40 barang kemas AS$3.6j dihantar kepada Rosmah gagal dikesan’

0
454

Peguam firma dari Lebanon, Global Royalty Trading berkata polis hanya ada empat daripada 44 barang kemas yang dihantar kepada isteri bekas perdana menteri itu.

Selepas meneliti gambar 12,000 barangan kemas yang dirampas dari kediaman berkait Najib Razak, sebuah firma Lebanon mendakwa hanya empat daripada 44 barangan yang dihantar kepada bekas isteri perdana menteri Rosmah Mansor berada dalam jagaan pihak polis.


Loading…

Peguam David Gurupatham mewakili firma barang kemas itu, Global Royalty Trading SAL berkata pihaknya sedang meminda kenyataan tuntutan berkaitan saman berjumlah RM60 juta daripada firma itu terhadap Rosmah pada Jun tahun lalu mengenai 44 barang kemas berkenaan.

“Kami mengatakan pada kenyataan tuntutan saman yang dipinda bahawa cuma empat barangan sahaja yang berada di bawah jagaan pihak polis.

“Empat barangan kemas itu ialah cincin bertatah berlian berbentuk pir bernilai AS325,000, cincin bertatah berlian berbentuk oval, gelang bertatah berlian berbentuk oval (AS$444,000) dan gelang bertatah berlian zamrud (AS$220,500),” katanya seperti dilapor Malaysiakini.


Peguam itu menjelaskan kenyataan tuntutan saman yang dipinda ini akan difailkan tidak lama lagi bagi memasukkan barangan kemas yang hilang bernilai AS$13,672,500.

Untuk rekod, 44 barangan kemas berkenaan bernilai AS$14,787,000. Barang kemas itu dihantar ke Rosmah pada Februari 2018, tiga bulan sebelum PRU14 yang menyaksikan suaminya disingkirkan daripada kekuasaaan.

Rosmah Mansor

Sebelum ini Global Royalty Trading berkata barang kemas itu telah dihantar serta telah disahkan dan diterima syarat-syaratnya dalam Memorandum No 926 berkaitan barang kemas berkenaan.

Rosmah pada surat bertarikh 22 Mei tahun lalu mengesahkan dan memperakui telah menerima barangan kemas itu tetapi menyatakan ia sudah tidak lagi berada dalam jagaannya dan telah dirampas pihak berkuasa.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...