1MDB: 27 September pengurusan kes, warta notis pihak ketiga

0
40

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 September untuk pengurusan kes bagi permohonan pihak pendakwaan mewartakan notis kepada pihak ketiga yang berkepentingan ke atas wang berjumlah RM677,872.55 yang disita daripada Barisan Nasional (BN) Bahagian Johor Bahru.

Wang tersebut yang disita SPRM tahun lepas dikatakan berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai memohon satu tarikh untuk pihaknya mewartakan notis berkenaan.

Dalam prosiding tersebut, peguam Mohd Haziq Dhiyauddin Razali yang mewakili BN Bahagian Johor Bahru yang dinamakan sebagai responden tidak membantah permohonan pendakwaan selaku pemohon.

Proses pewartaan notis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Mohd Haziq Dhiyauddin turut memaklumkan pihak responden memerlukan masa yang panjang untuk membuat afidavit balasan kepada pendakwaan.

“Pihak responden perlu mengambil kira beberapa isu ini kerana akaun yang dimohon untuk dilucutkan adalah dari BN Bahagian Johor Bahru.

“Perkara ini membabitkan tiga parti komponen yang mana pihak kami perlu mendapatkan arahan khusus daripada parti komponen untuk membalas afidavit,” katanya ketika ditanya Hakim Mohd

Nazlan mengapa pihak responden memerlukan tempoh masa yang panjang untuk membalas afidavit tersebut.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 Ogos untuk pihak responden memfailkan afidavit balasan dan pihak pendakwaan perlu menjawab sebelum 27 September.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pewartaan notis itu bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil di mahkamah pada hari yang akan ditetapkan kemudian bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Allan Suman berkata pihak-pihak yang mempunyai kepentingan terhadap wang tersebut boleh hadir ke mahkamah pada tarikh tersebut untuk menuntut wang itu. -Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...