Zahid Hamidi dipanggil SPRM lagi

0
99
Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi

Bekas timbalan perdana menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, kira-kira jam 9.30 pagi tadi bagi memberi keterangan.

Jurucakap SPRM mengesahkan bahawa presiden Umno itu dipanggil untuk memberi keterangan pagi ini.


Loading…

Kehadiran beliau yang juga Presiden UMNO itu adalah bagi merakamkan percakapan kes menerima wang sogokan daripada syarikat swasta yang mengendalikan urusan kemasukan pelancong dari China untuk kegunaan peribadi, seperti dilapor Harian Metro.

Menurut laporan itu, Zahid akan disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009

Ahmad Zahid akan diberikan notis untuk hadir ke mahkamah keesokannya untuk pertuduhan kes berkenaan.

“Ahmad Zahid akan dituduh di dua mahkamah iaitu Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan Shah Alam yang mana beliau dilaporkan menerima sogokan berkenaan dia dua kawasan itu,” katanya sumber yang menyiasat kes penyelewengan berkenaan.

Semalam, bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein turut dipanggil ke SPRM untuk membantu siasatan berhubung kontroversi perjanjian pertukaran tanah yang melibatkan kementerian pertahanan.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...