Haziq mengaku itu dirinya bersama menteri

0
2808
Haziq Aziz tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam klip video seks terbabit.

Tular di media sosial seorang Lelaki yang dikaitkan dengan video intim bersama seorang lagi lelaki yang didakwa sebagai menteri kabinet tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia sememangnya terlibat dalam aksi tersebut.

“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama […] dalam video yang telah viral semalam.” akui Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin melalui video di laman sosialnya.


Loading…

Beliau mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik) […] di Hotel Four Points,” katanya lagi.

Shamsul Iskandar kini merupakan anggota parlimen Hang Tuah Jaya yang kini dilantik sebagai timbalan menteri di Kementerian Industri Utama selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Mahathir menawan Putrajaya pada 11 Mei tahun lalu.

Menurut Haziq, 27, yang juga merupakan lepasan jurusan undang-undang mendakwa menteri terbabit tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin dan mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan.

“Saya menggesa SPRM untuk menyiasat […] atas tuduhan korupsi.

“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” katanya yang pernah menjadi aktivis kumpulan mahasiswa.

Semalam dilaporkan telah tersebar satu rakaman video intim membabitkan dua lelaki yang mana salah seorang lelaki terbabit didakwa sebagai menteri kabinet.

Dalam klip video itu memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel sambil melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...