Saman lucut hak sivil bukan untuk bankrapkan Umno – Dr M

0
178
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan perlucutan hak sivil untuk bankrapkan UMNO. - Foto oleh FMT

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir hari ini menyangkal dakwaan tindakan memfailkan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti termasuk beberapa anggota perhubungan UMNO negeri, adalah satu usaha kerajaan untuk membankrapkan parti itu.

Perdana Menteri berkata, jika itulah motifnya, kerajaan boleh lakukannya lebih awal.


Loading…

“(Sebaliknya) kami benarkan Najib untuk agak bebas, walaupun dia sedang didakwa, dia bergerak bebas sebagai ‘Bossku’,” katanya kepada media ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama di perasmian Persidangan Minyak dan Gas Asia 2019 di sini hari ini.

Turut hadir di perasmian tersebut Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Jumaat lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan suruhanjaya tersebut telah memfailkan permohonan perlucutan hak sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Termasuk dalam senarai ialah anggota perhubungan UMNO Negeri Selangor, anggota perhubungan UMNO Pahang, anggota perhubungan UMNO Kedah, anggota perhubungan UMNO Johor dan anggota perhubungan UMNO Sabah.

Beberapa pemimpin UMNO mendakwa bahawa langkah tersebut, merupakan rancangan kerajaan Pakatan Harapan untuk menyingkirkan parti itu dan mereka tidak menolak kemungkinan, menubuhkan UMNO lain jika ia dibubarkan.

Mengenai perkata itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH berkata, beliau tidak kisah jika parti itu mempunyai rancangan menubuhkan yang baharu, tetapi apa juga kesalahan yang telah dilakukan, perlu dihukum mengikut undang-undang.

“Apa berlaku dahulu ialah UMNO ambil duit yang dicuri untuk diberi kepada bahagian, duit yang dicuri mereka mesti dibayar balik, bukan kepada UMNO tetapi kerajaan.

“Sebab itu duit kerajaan yang dicuri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak), kita dapati duit dari Najib ini dia bagi kepada bahagian-bahagian dan UMNO bahagian (pula) belanjakan duit curi, ‘stolen money’,” katanya.

Mengenai Azmin yang dikaitkan dengan skandal video seks, Dr Mahatir mengulangi bahawa, tidak ada keperluan untuk Timbalan Presiden PKR itu untuk meletakkan jawatan sebagai menteri.

“Tidak ada keperluan (letak jawatan) hanya kerana ada orang di negara lain melakukannya (letak jawatan bila dikaitkan dengan isu). Saya tahu di satu negara, jika sebuah kapal terbang terhempas di lapangan terbang, menteri pengangkutan letak jawatan atau keluarkan dirinya dari kereta api, tetapi ini bukan cara kita,” katanya.

Beliau juga menyatakan keyakinannya yang video tersebut merupakan satu percubaan yang sengaja dilakukan bagi merosakkan masa hadapan Azmin.

“Saya tidak rasa yang beliau begitu bodoh untuk melakukannya dan ditangkap, saya rasa ada orang yang mahu menjatuhkan beliau … kini dengan keajaiban elektronik, anda boleh tunjukkan banyak gambar yang boleh jadi betul, atau tidak benar.

“Sebab itu lah kita telah hentikan dengan berita palsu itu, tetapi bagaimanapun kami rasakan seseorang perlu mengambil tindakan terhadap berita palsu,” katanya. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...