Presiden PBK baharu jelaskan bahawa dia dipecat

0
480

KUCHING – Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang baru dipilih Voon Lee Shan menjelaskan bahawa beliau telah dipecat daripada DAP Sarawak pada malam menjelang hari penamaan calon pilihan raya Dewan Undangan Negeri 2011.

Menjawab kenyataan pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen semalam yang mendesak beliau menjelaskan pendiriannya dalam parti, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Lintang itu berkata, pemecatannya dilakukan walaupun lima daripada tujuh cawangan di Kuching mahukan beliau mempertahankan kerusi negeri yang disandangnya itu.


Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Antara lain, kata Chieng Jen, beliau juga tidak menyerahkan surat peletakan jawatan manakala cawangan Batu Lintang yang dipimpinnya telah tidak aktif sejak tiga tahun lepas.

“Mereka (DAP) telah memecat saya pada malam menjelang hari penamaan calon. Perkara ini berlaku di ibu pejabat DAP Kuching apabila kerusi Batu Lintang yang saya sandang telah ditukar dengan kerusi Padungan yang disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR), sambil menyelam minum air,” katannya dalam catatan terbaru beliau di laman Facebook.

Lee Shan bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri 2006 tetapi digugurkan oleh parti daripada menjadi calon pada pilihan raya negeri berikutnya pada 2011 apabila DAP dan PKR bertukar-tukar kerusi – Batu Lintang dengan Padungan.

Dalam catatan Facebooknya, Lee Shan, yang dipilih secara sebulat suara sebagai Presiden PBK di Sibu pada Sabtu, berkata selama beberapa tahun ini beliau cuba mencari jawapan kepada persoalan kenapa beliau dipecat tanpa sebarang amaran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

PBK, parti politik yang berpangkalan di Sarawak mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 28 Ogos, 2013 dan dijangka akan meletakkan calon di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya negeri akan datang yang dijangka pada 2021. – Bernama


Loading...