PM pun tak ada nombor plet peribadi sebut ‘perdana menteri’ – Rafidah beritahu menteri PH jangan bermegah-megah

0
979
Tan Sri Rafidah Aziz

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau pernah menasihati anggota Kabinet Pakatan Harapan (PH) supaya menjaga tingkah laku dan tidak bersikap ego selepas memenangi pilihan raya.

Rafidah, yang juga terkenal dengan panggilan ‘Iron Lady’ memberi nasihat kepada Menteri Pakatan Harapan (PH) supaya mereka menyantuni penjawat awam sebagai rakan dan bukan sebagai musuh mereka dan mengelak daripada bersikap bermegah-megah selepas PH berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan pada Mei tahun lalu.


Loading…

“Saya beritahu mereka tahniah kerana menjadi menteri, tetapi jangan angkuh ,” kata Rafidah itu adalah ayat pertamanya (semasa ceramah) kepada anggota kerajaan sewaktu beliau bertemu mereka pada Disember tahun lepas. “

Rafidah yang merupakan anggota parlimen wanita paling lama berkhidmat memberikan nasihat itu kerana percaya kemegahan kuasa telah masuk ke dalam hati dan mengaburi sebilangan menteri.

Rafidah juga memberi peringatan kepada menteri dan timbalan menteri supaya supaya mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada ahli-ahli politik yang korup agar mereka tidak mengumpul kroni namun mengakui sesetengahnya degil.

“Saya katakan kamu jangan bergaul dengan kroni. Dekati diri kamu dengan penjawat awam yang tahu buat kerja dan boleh beri nasihat kepada kamu.

“Bukan orang-orang ini (menteri) tidak diberitahu. (Tetapi) sesetengahnya degil,” kata Rafidah lagi.

Memberi contoh Perdana Menteri, Rafidah memberi nasihat supaya Menteri tidak melakukan perbuatan yang “bermegah-megah”.

“Perdana Menteri pun tidak ada nombor plet peribadi yang menyebut ‘perdana menteri’,” katanya dalam satu majlis bual bicara anjuran NGO Gerak dan Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) di Universiti Malaya (UM).

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa menteri PH tidak mendapat kerjasama yang baik dari kalangan penjawat awam selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah berkata ada segelintir kakitangan awam yang mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditumbangkan oleh kerana ketegasan PH membanteras rasuah.

“Ada juga antara kita yang berpendapat lebih baik pemimpin rasuah yang beri wang secara percuma walaupun haram.

“Tetapi, percayalah, apabila pemimpin dan kerajaan pilihan rakyat sendiri terbabit rasuah, sudah tentu kita akan menjadi mangsa sebab kita tidak dapat layanan sepatutnya daripada kerajaan yang mentadbir negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis Townhall Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Penjawat Awam Perak pada Mei lalu. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.