PAS kena isytihar Umno parti Islam sebelum jalin kerjasama, kata Dr Mahathir

0
99
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Hotel Shangri-La Bangkok bersama Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kiri). - Foto oleh Bernama

Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu.

Dengan nada sinis, perdana menteri berkata PAS sebelum ini mengisytiharkan ahli Umno sebagai kafir dan PAS seharusnya mengisytiharkan Umno “Islam”.


Loading…

“Tetapi sampai sekarang, PAS tidak kata apa-apa. Dahulu dia (PAS) kata Umno kafir kerana bekerjasama dengan orang kafir. Sekarang ini, PAS tidak kata pula Umno itu kafir.

“PAS kerjasama dengan Umno, dia sendiri jadi kafir,” katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari seiring Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34.

Semalam, Muktamar Tahunan PAS kali ke-65 meluluskan usul supaya pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan Umno.

Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.

Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata PAS tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).

Kali terakhir PAS mengadakan perjanjian politik ialah bersama DAP pada 2008 sebelum ia ditamatkan setelah didakwa berlaku pelanggaran syarat pada Julai 2015. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...