Mohamed Azmin dah beri keterangan pada polis semalam, kata Peguam

0
522
Mohamed Azmin Ali

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memberi keterangan kepada polis semalam, berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya yang tersebar baru-baru ini.

“Video itu adalah serangan fitnah dan bermotifkan politik terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Loading…

Peguam Mohamed Azmin, N Surendran, mengesahkan polis telah menghubungi Azmin pada pada Ahad lalu dan beliau telah pun memberi kenyataan kepada polis semalam.

Melalui satu kenyataan hari ini, Surendran berkata kenyataan diberikan Mohamed Azmin adalah bagi membantu polis dalam siasatan penyebaran video seks berkenaan.

“Saya merujuk kepada siasatan yang dibuat susulan laporan polis oleh setiausaha politik Azmin Ali, yang menggesa siasatan ke atas penyebaran video seks palsu.

“Keutamaan diberikan Azmin semalam untuk memberi kenyataan kepada polis bagi membantu mereka dalam siasatan polis,” kata Surendran lagi

Surendran juga berkata, terdapat tanda yang jelas dan usaha teratur dan sistematik untuk menjatuhkan Menteri menerusi serangan palsu dan berniat jahat itu.

“Terdapat tanda-tanda yang jelas, usaha yang teratur dan sistematik untuk mencemarkan dan menjatuhkan Menteri tersebut dengan serangan palsu dan jahat ini.

“Pelaku mempunyai akses kepada data peribadi ahli-ahli parti, dengan cara yang canggih dan agenda politik yang jelas,” katanya.

Surendran meminta pihak polis melakukan siasatan menyeluruh dan mengenalpasti dalang di sebalik video berkenaan.

“Kami percaya polis akan melakukan siasatan sepenuhnya dan mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap dalangnya mengikut undang-undang,” kata Surendran.

Sebelum ini, Mohamed Azmin menafikan sekeras-kerasnya dirinya terlibat dalam video lucah yang tersebar dan menyifatkannya sebagai tuduhan jahat dan berniat menjatuhkan karier politiknya.

Haziq Abdullah Abdul Aziz, 27, yang membuat pengakuan bersumpah terlibat dalam video seks tersebut kini telah digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin.

Baca: Video seks: Tidak dapat sahkan individu terlibat tapi pakar setuju tidak ada sebarang pengubahan digital – Laporan berita Australia

Haziq sebelum ini dilaporkan telah ditahan oleh polis ketika cuba berlepas ke Manila, Filipina.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung video terbabit dan sudah dibebaskan dengan jaminan polis. – Malaysian Update

Baca: ‘Jika saya musuh Azmin yang merencana insiden tidak bermaruah itu, saya tidak akan senang duduk kerana saya tahu beliau akan kembali dengan lebih kuat’

Baca: Agong terima mengadap Mohamed Azmin

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...