Manuskrip ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’ – Anwar serah kepada polis siasat

0
147
Johari Abdul sebelum ini mendedahkan menerima sebuah manuskrip buku bertajuk ‘Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM’. - Foto oleh Malaysiakini

PETALING JAYA, 20 Jun — Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat ugutan yang diterima beliau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis sebuah manuskrip buku bertajuk Mengapa Anwar Tak Boleh Jadi PM.

Anggota Parlimen Port Dickson itu turut mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 jika enggan buku itu diterbitkan dan didedahkan kepada umum.


Loading…

“Saya bagi polis habis siasat, sebab dia (penulis) ugut kalau tak bayar RM400,000, dia ‘publish’ (terbitkan buku itu),” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Jamuan Malam Hari Raya anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-India (MIBC), di sini, malam tadi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengesahkan beliau menerima ugutan dan diminta membayar RM400,000 jika enggan buku itu diterbitkan. – Foto oleh Ahmad Zamzahuri

Anwar berkata satu laporan polis telah dibuat Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Johari Abdul terhadap penulis berkenaan, yang dipercayai dibayar dan diupah untuk menghasilkan buku itu.

“Orang yang jadi penulis picisan ini dibayar, diupah dan (sudah tiba) masa untuk (penulis) diketahui oleh umum, disiasat dan diambil tindakan yang wajar,” katanya.

Johari, yang juga, Anggota Parlimen Sungai Petani, berkata satu laporan polis telah dibuat semalam terhadap penulis manuskrip buku tersebut kerana mengandungi fitnah dan tohmahan terhadap Anwar.

Bercakap dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR, katanya, beliau menerima manuskrip buku yang ditulis oleh Yahaya Ismail pada 10 Jun lepas dan berpendapat tindakan itu amat tidak wajar serta bertentangan dengan prinsip kebebasan memberi pandangan. — Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...