‘Maki hamun’ polis, Lokman Adam ditahan

0
2662
AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan selepas dipercayai memaki hamun serta menghalang tugas polis ketika disiasat berhubung video seks berkaitan seorang menteri hari ini.

Polis mengesahkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, ditahan malam tadi.


Loading…

“Semasa siasatan dijalankan pihak polis telah mengarahkan Dato Lokman untuk menyerahkan telefon bimbit untuk diperiksa namun beliau enggan memberikan kerjasama dan telah menjerit memaki hamun pegawai polis yang sedang menjalankan tugasnya,” Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, dalam satu kenyataan.

Polis bertindak menahan anggota Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam beberapa jam selepas memberi keterangan berhubung klip video aksi seks sejenis yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.

Lokman ditahan di rumahnya di Kajang kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Menurutnya pemimpin Umno itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Fadzil turut berkata, seorang lagi individu yang ditahan adalah N Gobalakrishnan, 59, dari Kulim, Kedah.

N Gobalakrishnan yang juga anggota parlimen Padang Serai yang kini merupakan ahli MIC.

Terdahulu, Lokman semalam dipanggil ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung kes video lucah membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Azmin Ali, selepas dia membuat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan melakukan aksi video lucah.

“Saya buat laporan polis ke atas orang yang menyebarkan video lucah dan melakukan aksi video lucah.

Baca: Video semburit: IGP sahkan polis telah buka kertas siasatan

Baca: Video intim: Giliran Haziq pula buat laporan polis

“Hari ni saya bagi keterangan kepada pegawai Jabatan Jenayah Terkhas Bukit Aman, mereka nak rampas kedua-dua telefon bimbit saya dan geledah rumah saya.

“Betul-betul law of the jungle (undang-undang rimba),” kata Lokman lagi dalam satu kenyataan ringkas. – Malaysian Update

Baca: “Aksi di Sandakan bukan pertama kali” dakwa Haziq

Baca: ‘Saya orang atas ranjang bersama menteri…’ – Haziq

Baca: Azmin nafi terlibat video lucah, dakwa komplot jahat untuk musnahkan karier politiknya

Baca: Siapakah Haziq Abdullah Abdul Aziz?

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...