K’jaan fail saman suami, anak-anak Shahrizat dapatkan semula pinjaman NFC RM253 juta

0
5381

Kerajaan memfailkan saman untuk mendapatkan semula pinjaman RM253 juta daripada National Feedlot Corp (NFC) yang diuruskan oleh anggota keluarga bekas ketua wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan saman itu minggu lepas dengan menamakan NFC, suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail, tiga anak mereka dan enam syarikat berkaitan keluarga itu sebagai responden, lapor The Edge.


Loading…

Anak-anak mereka yang dinamakan ialah Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Nama syarikat pula ialah National Meat & Livestock Corp Sdn Bhd, Real Food Co Sdn Bhd, Meatworks Corp Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, Asian Bioscience Corp Sdn Bhd dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd.

Dana dituntut itu berdasarkan RM225 juta daripada pinjaman RM250 juta dengan faedah tahunan dua peratus.

Bulan lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang bagi memaksa NFC dan keluarga Shahrizat membayar balik pinjaman itu.


Penglibatan anggota keluarga Shahrizat itu didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara pada 2011.

Salleh telah dituduh dengan dua pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan RM49.7 juta sebelum dibebaskan pada 2015. – Malaysiakini

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...