Haziq digantung tugas serta-merta, diberi tempoh hingga esok jawab surat tunjuk sebab

0
3384
Haziq yang mengaku terlibat dalam video aksi seks telah diberi surat tunjuk sebab dan Haziq mesti menjawapnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun lalu

Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan setiausaha sulitnya, Muhammad Haziq Aziz digantung tugas serta-merta, susulan pengakuannya terbabit dalam klip video seks sejenis dengan seorang menteri.

“Kementerian tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak perkhidmatan beliau secara serta-merta jika tiada sebarang maklum balas diterima dalam tempoh yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Loading…

Menurut Shamsul lagi surat tunjuk sebab telah dikeluarkan dan Haziq mesti menjawapnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun lalu

Shamsul Iskandar Mohd Akin

“Beliau diarah menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh 3 hari daripada tarikh 12 Jun,” katanya dalam satu sidang media di kementeriannya hari ini.

Mohamed Azmin semalam menafikan perkara itu dan mendakwa terdapat komplot untuk menjatuhkannya serta mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit disebalik penyebaran video yang dikaitkan dengan dirinya.

Shamsul berkata, kementeriannya tidak teragak-agak menamatkan kontrak perkhidmatan Haziq, memandangkan beliau memandang serius berhubung kes yang melibatkan pegawainya di kementerian tersebut dan menolak sebarang politik kotor.

“Saya dengan tegas menolak sebarang bentuk politik kotor lagi memualkan yang bertujuan memalitkan imej buruk kepada mana-mana pemimpin ataupun individu.

“Saya mengambil sikap bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa perkara ini ada kaitan dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda politik tertentu.

“Permainan politik kotor sebegini tidak perlu ada ataupun diberikan ruang di dalam Malaysia,” katanya.

Sebelum ini Dr Mahathir juga menolak video berkenaan yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin dan mendakwa bahawa mereka mempunyai motif politik disebalik penyebaran video tersebut. – Malaysian Update


Loading...