Goldman Sachs tawar 1 bilion ringgit, Dr M kata tak cukup

0
150
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di Bangkok, Thailand. - Foto oleh The Star

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari mendedahkan Goldman Sachs telah menawarkan sejumlah pampasan untuk menyelesaikan kes berkaitan 1MDB dengan kerajaan Malaysia namun ianya terlalu kecil.

Dalam wawancara bersama Bloomberg Asia hari ini, Dr Mahathir berkata jumlah pampasan yang ditawarkan adalah terlalu sedikit.


Loading…

“Mereka ada tawarkan sedikit pampasan. Tidak cukup,”

“Mereka tawarkan satu bilion ringgit,” kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir berkata lagi, kerajaan mahukan 10 peratus komisen yang telah dikenakan Goldman Sachs ke atas 1MDB dipulangkan semula.

Dr Mahathir membidas Goldman Sachs kerana tidak mahu menawarkan jumlah pampasan yang dianggap “munasabah” walaupun ada cubaan menyelesaikan kes dengan bank itu di luar mahkamah.


Dr Mahathir juga berkata bank itu telah mengaut keuntungan yang besar apabila mengambil 10 peratus komisyen tambahan walaupun telah menerima sebanyak 6 peratus.

“Goldman Sachs mengambil 10 peratus komisen sebagai tambahan kepada kadar faedah enam peratus.

“Itu bukan sesuatu yang biasa kepada kerajaan. Kerajaan biasanya dikenakan kurang daripada tiga peratus.” tegas Dr Mahathir.

“Tapi tambahan 10 peratus komisen yang diberikan kepada Goldman Sachs bererti kita dapat 90 peratus daripada wang yang diperoleh, tapi kita bayar faedah 100 peratus.

“Saya fikir Goldman Sachs mengaut keuntungan besar dalam urusan ini,” katanya lagi. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...