Dua anggota polis trafik cedera dilanggar kereta

0
17

SHAH ALAM – Dua anggota polis trafik cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta semasa melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Kuala Selangor Seksyen 15, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 10.59 pagi memaklumkan bahawa dua anggotanya dilanggar oleh seorang suspek lelaki dan seorang suspek perempuan yang menaiki kereta jenis Proton Gen2 semasa sedang bertugas.


Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dalam kejadian itu, pasangan berkenaan cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dijalankan yang kemudian telah melanggar seorang anggota trafik bertugas mengakibatkan beliau cedera pada bahagian leher dan kaki.

“Susulan itu, seorang anggota trafik yang lain kemudian telah mengejar pasangan berkenaan bagaimanapun semasa cuba menahan suspek, beliau turut dilanggar sehingga menyebabkan cedera pada kaki kiri,” katanya ketika ditemui pemberita di Bahagian Kecemasan Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Tambah Baharudin, kedua-dua pasangan berkenaan yang berumur 22 tahun itu berjaya ditahan oleh sepasukan anggota trafik di Bulatan Andalas Seksyen 18 di sini dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Kata Baharudin, kedua-dua anggotanya yang cedera itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan.

“Keadaan kedua-dua anggota ini agak serius bagaimanapun stabil,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tambahnya siasatan awal polis mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Akta Dadah Berbahaya,” katanya. – Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...