Dr M: Saya sendiri pilih Latheefa, sebab dia sangat tegas, dia kata apa yang betul

0
3272

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa beliau sendiri yang memilih Latheefa Koya untuk dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM kerana perwatakan beliau yang tegas.

PM yang juga pengerusi PH itu juga berkata bahawa keputusan itu dibuatnya tanpa berbincang dengan kabinet.

“Saya tidak bincang dengan kabinet.


Loading…

“Biasanya saya buat keputusan sendiri sebab saya tak perlu minta kebenaran kabinet siapa yang harus saya luluskan,” katanya kepada pemberita di rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya hari ini seperti dilaporkan oleh Malaysiakini.

Tambah Dr Mahathir, beliau memilih Latheefa kerana perwatakan peguam itu.

“Sebab dia sangat tegas, dia kata apa yang betul.

“Dia tak berlapik, kita perlukan perwatakan yang tegas,” katanya.

Diminta mengulas lanjut proses pelantikan Latheefa, Dr Mahathir berkata, beliau sudah mendengar pendapat pelbagai pihak sebelum membuat keputusan itu.

“Saya dengar pelbagai pihak dan saya buat keputusan.

“[…] Anda perlu dengar pendapat semua orang dan luluskan siapa yang perlu diluluskan. Saya sudah buat ini sekian lama,” katanya.


Latheefa, seorang peguam dan bekas ahli PKR, diumumkan semalam berkuatkuasa 1 Jun lalu bagi menggantikan Shukri Abdull, yang memohon perkhidmatan kontraknya dipendekkan lebih awal sebelum kontrak berakhir 17 Mei 2020.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.