Dakwa lempar fitnah sejak 2010, ‘Khalifah Putra’ tampil mohon maaf kepada Najib, Rosmah

0
2979
'Khalifah Putra' tampil mohon maaf kepada Najib, Rosmah
'Khalifah Putra' tampil mohon maaf kepada Najib, Rosmah. - Foto Facebook Khalifah Putra

Tular di media sosial sejak semalam, seorang anak muda datang menemui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi memohon maaf kerana mendakwa telah melemparkan fitnah sejak 2010.

“Alhamdulillah. ALLAH panjangkan umur saya. Pada hari ini saya diberi peluang untuk bersemuka dengan dua insan ini.

“Bermula dari tahun 2010 bermacam-macam fitnah yang aku sebarkan ke atas insan ini. Setahun Pakatan Harapan (PH) memerintah tiada satu pun yang berjaya dibongkarkan. Ternyata ia kekal fitnah,” tulisnya di laman Facebook dengan turut berkongsi video pertemuan tersebut.


Loading…

Pemuda yang dikenali sebagai ‘Khalifah Putra’ di Facebook itu tampil memohon maaf kepada kedua-dua insan itu bagaimanapun lokasi pertemuan tersebut tidak dinyatakan.

Mnejelaskan dengan lebih lanjut tentang pertemuan berkenaan, Khalifah berkata bahawa dia tidak sanggup untuk berhadapan di mahsyar kelak seandainya dia tidak tampil memohon maaf.

“Saya tak sanggup untuk berhadapan di Mahsyar kelak.”

“Terima kasih Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah kerana sedia memaafkan saya,” katanya mengakhiri catatan di Facebook.

Membalas perkongsian pemuda tersebut, Najib melalui Facebook miliknya berkata bahawa beliau memaafkan dan tidak simpan di hati di atas apa yang pemuda itu lakukan.

“Saya maafkan. Apa yang telah berlalu, kita biarkanlah ia berlalu pergi. Pandang ke hadapan.

“Bagi saya, yang penting kini ialah apa yang akan berlaku kepada saudara-saudari kita rakyat Malaysia semua,” katanya.

Menerusi tulisan tersebut Najib turut mendakwa bahawa ramai dianiaya dan disusahkan Kerajaan hari ini.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.


Loading...