Bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi, meninggal dunia

0
156
Bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi, meninggal dunia

KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia di hospital di sini selepas pengsan ketika sesi perbicaraan di mahkamah pada Isnin, menurut sumber kehakiman dan keselamatan.

“Beliau bercakap di hadapan hakim selama 20 minit kemudian menjadi sangat rancak dan pengsan. Dia segera dikejarkan ke hospital yang kemudiannya meninggal dunia,” kata seorang sumber kehakiman.


Loading…

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang menyokong kuat pemimpin Islam semasa Allahyarham mengetuai Mesir, menyampaikan ucapan takziah kepada Morsi dan menggelarnya sebagai seorang syahid.

Laman web rasmi Al-Ahram melaporkan, Morsi, 67, adalah presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokratik dan hanya sempat memegang kuasa lebih setahun pada 2011 sebelum pihak tentera menumbang pemerintahannya pada 2013.

Pemimpin Islam itu hidup dalam penjara selepas digulingkan dan berdepan beberapa pendakwaan termasuk sebagai pengintip untuk Iran, Qatar dan kumpulan militan seperti Hamas di Semenanjung Gaza. Beliau juga didakwa di bawah akta pengganas. – AFP

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...