Bayi lelaki dinama sempena enjin carian Google

0
27

JAKARTA – Seorang bayi lelaki dinamakan Google oleh ibu bapanya di Indonesia dengan harapan dia akan menjadi berguna seperti enjin carian tersebut, lapor akhbar Mirror.

Ibu bayi berkenaan, Ella Karin, 27, dan suaminya, Andi Cahya Saputra menyambut kelahiran anak kedua mereka itu pada November 2018 tetapi berita mengenai pilihan nama pelik tersebut cuma tular baru-baru ini.


Loading…

Andi, 31, berkata, dia memilih nama teknologi itu semasa isterinya hamil tujuh bulan.

“Saya turut mempertimbangkan nama seperti Windows, iPhone, Microsoft dan iOS di samping nama lebih tradisional iaitu Albar Dirgantara Putra,” katanya.

Bagaimanapun, apabila anak itu lahir, bapanya memutuskan untuk memberi nama Google tanpa nama keluarga.

Menurut Andi, dia enggan meletakkan nama keluarga kerana ia akan menghilangkan zat nama tersebut.

Sementara itu, Mirror melaporkan bahawa Olivia dan Sophia merupakan nama paling popular untuk bayi perempuan tahun ini, sama seperti tahun 2018.

Nama bayi lelaki paling popular pula ialah Muhammad diikuti Noah, manakala George di tempat ketiga. – Agensi

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.