Anwar gesa terima keputusan PM, beri Latheefa ruang jalankan tugas sebagai KP SPRM

0
953
Anwar menggesa Latheefa dan SPRM diberi ruang untuk melaksanakan tugas mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberi sokongan penuh terhadap keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad melantik peguam Latheefa Koya untuk mengetuai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), meskipun perkara itu ditentang oleh segelintir pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Anwar yang juga Presiden PKR menyeru orang ramai untuk memberi ruang kepada Latheefa untuk menjalankan tugas, selain yakin bahawa Perdana Menteri dan pakatan pimpinan Pakatan Harapan (PH) mengambil kira maklum balas orang ramai dan akan menjelaskan keputusan itu kepada kabinet dan majlis presiden lapor Malay Mail.


Loading…

“Saya seru kepada semua rakan-rakan untuk menerima keputusan Tun Dr Mahathir dan memberikan ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk menjalankan tugas mereka dengan tegas dan berkesan,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Sebelum ini pelantikan Latheefa mengundang kritikan pelbagai pihak kerana Mahathir membuat keputusan tanpa berbincang dengan kabinet dan melalui parlimen.

Satu petisyen atas talian bagi mendesak Latheefa untuk meletak jawatan turut dilancarkan menerusi laman web change.org.


Dalam masa yang sama terdapat satu lagi petisyen atas talian yang menyokong pelantikan Latheefa sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru.

Baca: Nik Nazmi sokong petisyen gesa Latheefa Koya letak jawatan, seru rakyat tandatangan petisyen

Baca: Dr M: Keputusan pelantikan Latheefa Koya muktamad

Mereka menyokong keputusan perdana menteri itu sebagai tepat dan menyifatkan bekas anggota PKR itu sangat tegas dan merupakan orang yang paling sesuai memegang jawatan tersebut.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...