‘Ada bintang dan pingat boleh beli dekat Lazada ke?’ – Lokman persoal pingat, bintang Latheefa

0
706
Datuk Lokman Noor Adam (kanan) membandingkan pingat yang diterimanya dengan Latheefa Koya. ― Foto ihsan Facebook/Lokman

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam seolah-olah memuji Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru, Latheefa Koya yang dikatakannya cantik apabila mengenakan pakaian seragam KP SPRM.

Namun begitu Lokman mempersoalkan bintang dan pingat perkhidmatan yang dipakai Latheefa kerana baru sahaja dilantik menjadi ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Loading…

“Sekali pandang segak betul ayam sabung Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru diangkat menjadi ketua pesuruhjaya (KP) SPRM ini.

“Cuma yang pelik, KP SPRM ini biasa mula pun paling tinggi Jusa A, kerja baru sebulan, macam mana banyak sangat bintang dan pingat perkhidmatan yang dia pakai.” Soal Lokman melalui satu hantaran di Facebooknya.

Terdahulu tular di media sosial Latheefa yang hadir memakai pakaian seragam KP SPRM ketika menghadiri majlis perbarisan hormat anggota agensi itu.


Mengulas lanjut Lokman berkata beliau ketika berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama lapan tahun dengan pangkat Jusa B, baru satu bintang “DIMP” diterimanya dari Pahang dan dua Pingat Pertabalan.

“Saya dulu lapan tahun dalam perkhidmatan awam, Jusa B, itu pun baru satu bintang Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dan dua pingat pertabalan. Ada bintang dan pingat boleh beli dekat Lazada ke?

“Hendak tanyalah Latheefa, mana dia beli bintang banyak-banyak itu? Ada sesiapa boleh bagi pencerahan? Maklumlah, saya ini budak baru belajar.

“Memandangkan Pakatan Harapan sudah set trend peguam PKR boleh jadi KP SPRM, peguam ketua Komunis Malaya boleh jadi Peguam Negara, takkan bila BN dan PAS memerintah nanti kalau saya dilantik Ketua Polis Negara mereka hendak bantah,” kata Lokman lagi. – Malaysian Update

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.