Header Ads

Zizie Ezette dituduh bersubahat dengan Bung Moktar peroleh rasuah RM2.8 juta

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette A. Samad dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan rasuah dan bersubahat. - Foto oleh Malaysiakini

Pelakon terkenal, Zizie Ezette A Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan bersubahat memperoleh rasuah hari ini.

Zizie yang juga isteri kepada Datuk Seri Bung Moktar Radin iaitu Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad pada ketika itu didakwa bersama suaminya dengan tiga pertuduhan bersubahat menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta, empat tahun lalu.

Loading...


Dia didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Zizie Ezette,41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim, Azura Alwi, sebentar tadi.

Hakim kemudian menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasportnya harus diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Azura menetapkan 10 Jun sebagai sebutan semula dan kes akan dibicarakan secara bersama dengan kes suaminya.

Loading...