Header Ads

Zakir didakwa atas tuduhan penggubahan wang haram RM115 juta di Mumbai


Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik yang kini berlindung di Malaysia didakwa pihak berkuasa India atas tuduhan pengubahan wang haram.

Direktorat Penguatkuasaan India  (ED) mendakwa Zakir terlibat pengubahan wang haram bernilai 193 crore India rupee (RM115 juta) dan beliau turut didakwa membeli aset hartanah secara haram di serata dunia, lapor Times of India.

Loading...


ED memfailkan tuduhan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram di mahkamah khas di Mumbai, semalam. Kertas pertuduhan tersebut yang kedua difailkan ED tetapi ini pertama kali Zakir dikaitkan secara langsung.

Zakir menjadi kontroversi kerana dakwahnya yang disifatkan sebagai ekstremis —  mencadangkan hukuman mati kepada homoseksual dan bekas muslim.

Beliau diharamkan di beberapa negara seperti United Kingdom, Kanada dan Bangladesh.


Rangkaian Peace TV miliknya juga diharamkan di Sri Lanka minggu ini berikutan pengeboman di gereja pada Hari Easter bulan lalu.

Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Julai lepas berkata Malaysia tidak akan mengusir Zakir “selagi dia tidak menimbulkan masalah” di negara ini. - Projek MM

Loading...