Header Ads

Wan Azizah pertimbangkan untuk bersara jika Anwar jadi PM

foto sumber internet 

WAWANCARA | Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau mempertimbangkan untuk bersara daripada terlibat secara aktif dalam politik apabila suaminya Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

"Saya fikir, saya tidak akan terlibat politik secara aktif apabila saya menamatkan tempoh saya (sebagai MP Pandan).

Loading...

" Mungkin saya akan lebih banyak terlibat dalam menjaganya," katanya ketika ditanya tentang masa depan politik beliau ketika wawancara bersama media baru-baru ini bersempena ulang tahun tahun pertama pentadbiran PH.

Mengulas lanjut, pengerusi Majlis Penasihat PKR itu berkata beliau merancang untuk terus menjadi "seorang warganegara yang bertanggungjawab" pada masa depan dan yakin masih dapat menyumbang kepada pembangunan negara melalui cara lain.

Dr Wan Azizah merupakan timbalan perdana menteri wanita yang pertama di Malaysia merangkap menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.


Doktor pakar mata

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan akan melepaskan jawatannya kepada Anwar di antara 2020 atau 2021.

Ini berdasarkan perjanjian di antara semua empat parti komponen PH sebelum PRU14.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar atau pelan peralihan masih belum dibentangkan.

Mahathir sendiri telah membayangkan beliau boleh bertahan lebih lama sekiranya diperlukan, sedangkan Anwar telah berulang kali menegaskan beliau tidak tergesa-gesa untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Wan Azizah yang juga presiden PH merupakan seorang doktor pakar mata oftalmologi dan pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Malaya.

Bagaimanapun akibat peristiwa pemecatan suaminya sebagai perdana menteri pada 1998, beliau terjun ke dunia politik dan memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh yang ditandinginya pada pilihan raya umum 1999.

Keika wawancara baru-baru ini, Wan Azizah mengimbau perjalanan politik sepanjang 20 tahun lalu dan melihat bagaimana kitaran hidup berlangsung.

"Maka lengkaplah suatu kitaran.

"Ketika ia terjadi, saya seorang isteri.

"Dan sekarang, entah bagaimana, saya tercamapk ke jawatan ini dan diberikan amanah dan tanggungjawab.

"Melihat di mana saya pernah berada, apa yang telah saya lalui, saya fikir saya masih boleh terus menyumbang untuk negara," katanya.

-Malaysiakini

Loading...