Header Ads

Umno dan PAS perlu sedia, ada kemungkinan pilihan raya mengejut, kata Ku Li


Umno dan PAS perlu mengadakan persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia penting sekiranya berlaku pilihan raya mengejut semasa peralihan kepimpinan negara kelak, lapor Sinar Harian.

Loading...

“Saya rasa kena mula sekarang. Kalau PRU15 mengejut, macam mana?

“Kalau ada perubahan pimpinan dan pilihan raya mengejut, susah kalau kita tak sedia sekarang,” katanya.

Tengku Razaleigh pada masa menggesa Umno dan PAS bersatu dalam satu gagasan sebagaimana pembentukan awal Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, kerjasama Umno dan PAS juga tidak bermakna jika ia hanya dilakukan semasa musim pilihan raya.

“Saya rasa kena rujuk balik kepada cara BN diwujudkan dulu. Itu cara terbaik. Dia (PAS) pun jadi anggota dan pengasas BN dulu.

“Kalau nak gabung, kena rujuk cara kita bersatu di bawah BN. Saya rasa kalau kita sekadar gabung untuk pilihan raya kecil, tidak bermakna,” katanya lagi. - Projek MM

Loading...