Header Ads

Tun Daim dakwa ECRL tetap rugi ‘bertahun-tahun’ kerana terikat dengan perjanjian awal Najib

Foto oleh The Star

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tetap mengalami kerugian untuk “bertahun-tahun” sekalipun pengurangan kos dapat dilakukan, kata Tun Daim Zainuddin.

Dalam wawancara dengan South China Morning Post (SCMP), beliau sudah menjangka demikian tetapi tidak mengubah pandangannya itu di sebalik kejayaan rundingan pengurangan RM21.5 juta kos keseluruhan projek.

Loading...

Bekas menteri kewangan menyalahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana menandatangani perjanjian awal dengan China yang mewajibkan Malaysia meneruskan projek tanpa mengira siapa menguasai kerajaan persekutuan, lapor Projek MM.

“Ada perjanjian yang mengikat sebelah pihak tetapi ia sama-sama mengikat [Malaysia]. Kita tidak boleh salahkan China. Jika anda cukup bodoh untuk menandatangani perjanjian, maka itu masalah anda,” katanya merujuk pentadbiran bekas perdana menteri.

Bulan lalu, Putrajaya mengumumkan perjanjian tambahan antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) susulan rundingan berbulan-bulan selepas projek itu digantung tahun lalu.

Perjanjian tambahan itu melibatkan pengurangan kos pembinaan fasa satu dan dua daripada RM65.5 bilion kepada RM44 bilion.

Loading...