Header Ads

Tanya diri sendiri dari mana datangnya duit yang banyak dipulangkan AS,S'pura? - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal penemuan beg mewah, barang kemas dan wang tunai berjuta-juta ringgit yang didakwanya milik Datin Seri Rosmah Mansor. -foto sumber internet 

PUTRAJAYA, 9 Mei — Penyokong Datuk Seri Najib Razak perlu bertanya kepada diri sendiri punca Amerika Syarikat dan Singapura berjanji untuk memulangkan duit kepada Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Loading...

Dalam perutusan perdana sempena setahun kerajaan Pakatan Harapan, perdana menteri turut mempersoal penemuan beg mewah, barang kemas dan wang tunai berjuta-juta ringgit yang didakwanya milik Datin Seri Rosmah Mansor.

“Kerajaan Amerika dan Singapura baru-baru ini telah pulangkan wang 1MDB yang dicuri dan cuba bersihkan dengan membeli harta mewah di negara berkenaan.


“Satu soalan yang mungkin perlu mereka tanya kepada diri mereka dari mana datang wang yang sebegitu banyak yang telah dipulangkan oleh kerajaan Amerika dan Singapura,” katanya merujuk kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bagaimanakah beg-beg mewah, barang kemas dan wang tunai berjuta yang dikenali sebagai milik Rosmah Mansor didapati di flat milik Rosmah?”

-projek MM

Loading...