Sultan Johor berkenan serah semula tanah Bukit Chagar tanpa sebarang kos

0
37

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini
bertitah bahawa baginda tidak pernah dimaklumkan berhubung sebidang tanah atas
namanya yang direncana untuk digunakan bagi projek Sistem Transit Aliran
Johor–Singapura (RTS).
Kenyataan media yang dikeluarkan setiausaha sulit baginda,
Jaba Mohd Noah, berkata Sultan Johor kecewa dengan dakwaan yang mengatakan kos
projek meningkat susulan bayaran pampasan bagi tanah yang didakwa ditukar milik
ke atas nama baginda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kenyataan itu juga memaklumkan, Sultan Johor bersedia
menyerahkan tanah itu kepada kerajaan tanpa sebarang kos.
“Adalah dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan
Johor berasa kecewa di atas satu berita yang mengaitkan isu peningkatan kos
Projek RTS dengan sebidang tanah milik Baginda Tuanku di Bukit Chagar.
“Sehingga ke hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan
Johor tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah milik baginda Tuanku yang akan
terlibat untuk Projek RTS tersebut.
“Namun begitu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah
bertitah bahawa sekiranya benar tanah milik baginda Tuanku di Bukit Chagar
tersebut terlibat untuk Projek RTS, maka Baginda Tuanku berkenan untuk
menyerahkan tanah yang terlibat kepada kerajaan tanpa sebarang kos,” kata
kenyataan itu seperti dilapor Malaysiakini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Tambah kenyataan itu, penyerahan tanah berkenaan adalah
dengan syarat Projek RTS diteruskan dengan segera kerana baginda memahami
derita rakyat yang terpaksa berulang-alik ke Singapura.
“Sebagaimana yang sering ditegaskan bahawa kepentingan
rakyat dan kerajaan sentiasa menjadi keutamaan baginda Tuanku, dan setiap isu
haruslah dibawa berbincang secara muafakat,” katanya.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here