Header Ads

Sultan Johor berkenan serah semula tanah Bukit Chagar tanpa sebarang kos


Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa baginda tidak pernah dimaklumkan berhubung sebidang tanah atas namanya yang direncana untuk digunakan bagi projek Sistem Transit Aliran Johor–Singapura (RTS).

Kenyataan media yang dikeluarkan setiausaha sulit baginda, Jaba Mohd Noah, berkata Sultan Johor kecewa dengan dakwaan yang mengatakan kos projek meningkat susulan bayaran pampasan bagi tanah yang didakwa ditukar milik ke atas nama baginda.

Loading...


Kenyataan itu juga memaklumkan, Sultan Johor bersedia menyerahkan tanah itu kepada kerajaan tanpa sebarang kos.

"Adalah dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berasa kecewa di atas satu berita yang mengaitkan isu peningkatan kos Projek RTS dengan sebidang tanah milik Baginda Tuanku di Bukit Chagar.

"Sehingga ke hari ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah milik baginda Tuanku yang akan terlibat untuk Projek RTS tersebut.

"Namun begitu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah bertitah bahawa sekiranya benar tanah milik baginda Tuanku di Bukit Chagar tersebut terlibat untuk Projek RTS, maka Baginda Tuanku berkenan untuk menyerahkan tanah yang terlibat kepada kerajaan tanpa sebarang kos," kata kenyataan itu seperti dilapor Malaysiakini.

Tambah kenyataan itu, penyerahan tanah berkenaan adalah dengan syarat Projek RTS diteruskan dengan segera kerana baginda memahami derita rakyat yang terpaksa berulang-alik ke Singapura.

"Sebagaimana yang sering ditegaskan bahawa kepentingan rakyat dan kerajaan sentiasa menjadi keutamaan baginda Tuanku, dan setiap isu haruslah dibawa berbincang secara muafakat," katanya.

Loading...