Header Ads

Setahun PH: Kerosakan dari zaman BN ganggu pemulihan negara - Mahathir


PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui kesalahan, kerosakan dan perbuatan-perbuatan pentadbiran terdahulu dibawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) memang menjadi masalah besar yang mengganggu pemulihan negara dan kesejahteraan rakyat yang cuba dibawa kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Loading...
Perdana Menteri berkata, justeru langkah-langkah dan tindakan sepatutnya telah dan akan diambil pentadbiran terkini demi memulihkan semula negara.

"Kita dapati kerosakan yang berlaku begitu besar sehingga kita dapati tiada berkeupayaan untuk memenuhi janji-janji seberapa segera yang mungkin.

"Malahan, keutamaan kita berubah apabila kita dapati kerosakan yang berlaku itu terlampau parah dan perlu kita selesaikan terlebih dahulu," katanya sewaktu menyampaikan perutusan perdana sempena satu tahun kerajaan PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Turut hadir, timbalannya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, menteri kabinet dan pemimpin parti-parti komponen di dalam PH. - Bernama

Loading...