Header Ads

'Saya tahu, saya pernah kerja dengan Tun M', Tokmat jangkakan parlimen akan dibubarkan tahun depan

foto sumber internet

Datuk Seri Mohamad Hasan mahu Umno menyusun strategi berikutan beliau menjangka kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membubar Parlimen pada akhir tahun depan.

“Saya menjangkakan pilihan raya umum ke-15 akan diadakan sebelum Disember tahun depan. Saya tahu kerana saya pernah bekerja dengan ‘atuk’ ( Tun Dr Mahathir Mohamad) sebelum ini,” kata timbalan presiden Umno seperti dilapor New Straits Times.

Loading...

“Selepas dua tahun, beliau akan membubar Parlimen dan menyeru pilihan raya baru. Sebab itu, kita kena susun strategi dengan betul untuk menghadapi PRU15,” katanya dalam ceramah umum di Bandar Letat semalam.

Wakil rakyat Rantau  juga percaya Dr Mahathir tidak akan menyerah jawatan perdana menteri kepada bakal penggantinya, dipercayai merujuk kepada presiden PKR  Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanpa menyebut nama beliau.


“Saya yakin beliau (Dr Mahathir) tidak akan memberikannya (jawatan perdana menteri),” katanya.

-projek MM

Loading...