Header Ads

RoS beri kebenaran untuk PPBM tubuh 26 bahagian

foto sumber internet

KOTA KINABALU, 5 Mei ― Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) memberi kebenaran untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menubuhkan 26 bahagian parti itu di seluruh Sabah termasuk Labuan.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jabatan itu menerusi surat kebenaran kepada parti tersebut memerlukan bahagian-bahagian parti di negeri ini ditubuhkan dalam tempoh masa yang diberikan RoS iaitu tiga bulan.

Loading...

“Namun, saya percaya kesemua bahagian di Sabah telah bersedia dan saya yakin mereka dapat menyelesaikan semua perkara yang perlu dilakukan untuk menubuhkan bahagian masing-masing kurang daripada tempoh masa yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat kebenaran daripada RoS kepada Penyelaras PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor di sini hari ini.


Pada 15 Mac lepas, lapan bekas pemimpin Umno Sabah termasuk enam wakil rakyat menyertai PPBM dan menerima kad keanggotaan mereka di Putrajaya.

Enam wakil rakyat Bebas berkenaan ialah Anggota Parlimen Kudat Datuk Abd Rahim Bakri, Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Edris (Libaran), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Beluran), Hajiji yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman dan Datuk Masidi Manjun (ADUN Karanaan).

Selain mereka, turut menyertai PPBM ialah dua Senator iaitu Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Datuk John Ambrose.

PPBM secara sahnya telah melebarkan sayap ke Sabah apabila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PPBM telah melancarkan PPBM Sabah 6 April lepas. ― Bernama

Loading...