Header Ads

Ridhuan Tee kritik PU 'meloyakan', 'hanya pandai bercakap'

foto sumber internet

BANGI, 16 Mei — Hos program realiti Pencetus Ummah Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengkritik segelintir peserta rancangan realiti Pencetus Ummah kerana mereka “tiada ilmu mendalam dan bergantung kepada hafalan”.

Beliau juga mengecam publisiti pencarian ustaz atau pendakwah yang menggambarkan “seolah-olah peserta-peserta ini hebat sangat”, lapor portal Ismaweb.

Loading...

“Sebenarnya program ini tidak ada apa? Glamour saja lebih? Walhal kerjanya menghafal dan diselang-seli dengan lawak-lawak basi dan gimik-gimik meloyakan.”

“Ada yang menang dan menjadi juara sekadar menghafal sahaja. Ilmu tidak ke mana, cuma pandai bercakap saja dan berlawak bodoh sekali sekala,” katanya semalam.  

Mengacarakan Pencetus Ummah musim pertama, Ridhuan membidas tindakan seorang peserta, tanpa menyebut nama, yang menceraikan isterinya ketika sarat hamil baru-baru ini.


Menyifatkan perbuatan itu “macam nak kiamat dunia”, tokoh akademik menegaskan “jika PU ini faham Islam, sudah tentu dia tidak bertindak sedemikian”.

Walaupun popular, Ridhuan menasihati PU atau pendakwah agar menjaga akhlak dan tingkah laku masing-masing bagi mengelakkan Islam dipandang hodoh.  

“Pergilah sambung mengaji. Tak cukup terhenti setakat itu sahaja. Ummah di luar sana sangat dahaga penampilan dan ilmu kita,” kata bekas pengacara Forum Hal Ehwal Islam.

-projek MM

Loading...