Header Ads

Reman Timbalan Pengarah Kanan DBKL disambung empat hari


Tempoh reman Timbalan Pengarah Kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dua individu yang disiasat berhubung kes menerima dan memberi rasuah RM200,000 disambung selama empat hari lagi.

Selain itu, seorang bekas Setiausaha Akhbar sebuah kementerian dan seorang lagi suspek iaitu orang awam yang direman bersama mereka sejak Khamis lalu dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, lapor kosmo Online.


Loading...
Mereka dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin manakala pasport masing-masing diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim setelah membenarkan permohonan SPRM.

Kesemua suspek sebelum ini direman selama lima hari bermula Khamis lalu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan, SPRM telah menahan kelima-lima lelaki yang berusia antara 41 hingga 57 tahun itu di sebuah restoran di sekitar Kuala Lumpur kira-kira pukul 12 hingga 12.30 tengah malam Rabu lalu.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal SPRM, Timbalan Pengarah berkenaan didakwa menerima RM200,000 daripada kontraktor sebagai balasan memberikan kerja penambahbaikan insfrastuktur di bawah seliaanya.

Loading...