Header Ads

Putrajaya, polis fail saman sita pada Najib dan Rosmah untuk rampas barangan mewah RM711 juta

Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor - Foto oleh Astro Awani

Putrajaya dan polis memfailkan saman sivil terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan beberapa yang lain bagi menyita barang-barang mewah berjumlah RM711 juta, termasuk 27 kereta mewah dan hartanah daripada individu terlibat.

The Edge melaporkan bahawa dua notis usul dan afidavit sokongan telah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam untuk merampas barang-barang itu, yang dikatakan dibeli dengan wang 1MDB.

Loading...


Sumber yang dipetik berkata ia adalah langkah susulan selepas penyitaan barang berharga tahun lepas di kediaman yang dikaitkan dengan Najib di beberapa kawasan, termasuk Bukit Bintang.

Notis pertama yang difailkan semalam adalah untuk merampas harta di Lembah Klang, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), barang kemas, beg tangan, jam tangan dan cermin mata hitam bernilai RM680 juta.


Perisytiharan kedua ialah bagi merampas barang bernilai RM31 juta, termasuk 27 kereta mewah, wang tunai (dalam pelbagai mata wang asing), 29 akaun bank, jam tangan dan beg.

Difahamkan, Supt Foo Wei Min, yang mengetuai Unit Anti Pencegahan Pengubahan Wang Haram dalam operasi dan penyiasatan, mengesahkan kewujudan afidavit yang menyokong tindakan untuk melucut hak harta berkenaan.

Unit itu juga dikatakan dibantu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pendengaran permohonan akan mengambil masa sehingga sebulan, lapor The Edge.

Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas mengesahkan bahawa Malaysia telah menerima AS$57 juta (RM236 juta) dari AS, yang merupakan wang yang telah dilucuthakkan dari Red Granite Pictures selepas dituduh membiayai filem menggunakan dana yang didakwa dicuri dari 1MDB.

Pada Mac lalu, Ketua Polis Negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun, menegaskan bahawa siasatan ke atas barangan yang dirampas mesti selesai pada atau sebelum 16 Mei.

Ini kerana pihak polis hanya mempunyai sehingga tarikh itu untuk memegang barang yang dirampas. Selepas itu, Fuzi berkata, pihak polis perlu melalui proses tertentu, termasuk cadangan dari mahkamah sebelum meneruskan siasatan.

Pada 27 Jun tahun lalu, bekas Pengarah CCID Bukit Aman Amar Singh dilaporkan berkata jumlah nilai barang yang disita berkaitan dengan kes 1MDB adalah antara RM900 juta dan RM1.1 bilion. - Malaysiakini

Loading...