Header Ads

PU Abu sumpah tiada niat, mahkamah putuskan lafaz cerai tidak sah

foto sumber internet

KLANG, 15 Mei — Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan lafaz cerai Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan terhadap isterinya tidak sah.

Hakim Syarie Mohd Nuruazhar Tohar membuat keputusan tersebut selepas beliau bersumpah tidak berniat menceraikan Ain ‘Afini Latif, lapor Sinar Harian.

Loading...

Abu Sufyan menjawab “iya” apabila beliau ditanya hakim mengenai kesanggupannya untuk bersumpah dalam perkara tersebut.

“Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri.

”Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat,” katanya.


Dalam perbicaraan hari ini, Ain mendakwa Abu menerusi WhatsApp memintanya menyelesaikan borang penceraian.

”Selepas dia lafaz, dia ada WhatsApp sila selesaikan borang penceraian,” katanya yang menyambut ulang tahun kelahiran hari ini.

Hadir bersama ibu bapa, Ain yang dijangka melahirkan anak 10 Julai ini menangis teresak-esak selepas mahkamah membuat keputusan tersebut.

-projek MM

Loading...