Header Ads

Peruntukkan RM200 juta baik pulih PPRT

R.sivarasa - foto sumber internet

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) baharu dan membaik pulih PPRT sedia ada di seluruh negara sepanjang 2019, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Senator R. Sivarasa berkata, kedua-dua inisiatif berkenaan akan memberi manfaat kepada hampir 43,000 penduduk di bawah golongan miskin dan miskin tegar.

Loading...

"Kerajaan telah memperuntukkan RM86.038 juta bagi membina 1,224 unit rumah baharu serta RM113.962 juta bagi tujuan membaik pulih 7,354 unit kediaman yang mempunyai masalah," katanya ketika sesi soal jawab lisan.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang membina lebih banyak projek PPRT.


Mengenai soalan tambahan Abdul Ghani yang ingin tahu sama ada pampasan akan diberikan sekiranya sesebuah rumah PPRT ditimpa bencana, Sivarasa berkata setakat ini kerajaan tidak mempunyai pelan menyediakan skim insurans berkelompok atau pampasan bagi tujuan berkenaan.

"Buat masa ini, kerajaan hanya akan menilai sekiranya seseorang pemilik rumah itu masih berada dalam kelompok miskin atau miskin tegar, kerajaan cuma akan baik pulih atau menggantikan rumah yang ditimpa bencana itu dengan rumah yang baharu," katanya. - Bernama

Loading...